KEMBARA QURBAN PPMM telah berada di perkhidmatan ini hampir sekitar 13 tahun yang telah bermula pada tahun 2011. Pada awalnya ia tertubuh dengan secara program sukarelawan dan dan berakhir dengan satu persatuan yang mengabungkan beberapa individu dari pelbagai NGO. Kembara qurban ppmm menawarkan perhidmatan khusus berkenaan ibadah qurban/aqiqah pada setiap tahun di luar negara. Kawasan dipilih berdasarkan kepada keadaan terkini dan semasa Masyarakat disana terutama di Kawasan pedalaman yang mempunyai Masyarakat tidak berkemampuan
Bagi memastikan mereka juga turut menikmati kemeriahan AIDILADHA maka program ini telah diteruskan saban tahun tanpa henti. Antara persatuan yang bekerjasama dalam misi bantuan ini ialah Persatuan Perintis Malabari Malaysia, Maahad Tahfiz Dhiya Ul Islah, Inspirasi Muhibbah India Muslim, Indian Muslim Community Organization Malaysia, MAPIM, dan beberapa persatuan/syarikat tempatan.
Kembara qurban telah merantau ke beberapa buah negara sepanjang misi 13 tahun ini iaitu INDIA, SRI LANKA, MALI (AFRIKA), dan ASSAM. Hasil lebihan daripada ibadah juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk bantuan kebajikan, pendidikan, fasiliti tempat ibadah, misi banjir dan beberapa keutamaan lain. Bantuan diagihkan bukan Sahaja di dalam negara malahan di luar negara terutama di Kawasan kita melaksanakan ibadah qurban dan di Malaysia.